HomeGaya HidupJom MakanSelera kampung! Resepi ikan rebus sambal picit 'terangkat'!

Selera kampung! Resepi ikan rebus sambal picit ‘terangkat’!

SETIAP hari menjamu selera dengan menu yang sama pasti membuatkan anda jadi jemu.

Pasti adakala tekak mula terasa mahu makan sesuatu yang ringkas, jimat dan menyelerakan seperti masakan kampung!

Buat anda yang gemar menikmati sajian ikan rebus, apa kata kalian ikuti resepi ‘Ikan rebus sambal picit’ yang dikongsi oleh seorang wanita di Facebook iaitu Halijah Karim.

Pasti ‘berpinggan-pinggan’ anda menambah nasi sewaktu makan!

Bahan: ikan, asam keping, garam

Cara masak:

Ikan direbus dengan asam keping + garam je. Ikan tu masuk awal-awal sebelum bukak api, jangan masuk masa air dah mendidih, nanti ikan hancur.

Foto: FB Cik Rose
Foto: FB Cik Rose

 

Sambal picit:

Bahan: cili api kampung hijau + merah 20 batang, belacan 1 sudu besar (nak lagi sedap bakar dulu belacan tu), asam jawa 1 sudu besar. garam, gula, air masak (letak sikit2), limau 2 biji (perah last sekali)

Masuk semua bahan ni dalam mangkuk

Cara masak:

Picit cili tu dalam mangkuk sampai hancur macamm dalam gambar. Kalau pekat sangat tambah air, jangan lupa perah limau.

Ulam pucuk ubi tu celur je dengan garam + halia. Letak minyak 1 sudu.

#Nak lagi sedap, makan dengan ikan masin, pergh terangkat!!

Author

Pilihan Editor