HomeBeritaSuami maut, isteri dan bayi cedera kereta sewa dinaiki bertembung lori

Suami maut, isteri dan bayi cedera kereta sewa dinaiki bertembung lori

PAPAR: Dua lelaki maut manakala seorang wanita dan bayinya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan lori tiga tan di Jalan Kimanis-Keningau Batu 16, di sini hari ini.

Dua orang yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Persona dan lori tiga tan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah suami kepada wanita tersebut dan pemandu kereta yang masing-masing berusia 32 tahun dan 33 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis, Mohd. Johainin Ruslan berkata, kenderaan Proton Pesona yang merupakan kereta sewa itu dinaiki sepasang suami isteri bersama bayi mereka.

Beliau berkata, sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, didapati empat mangsa yang berada dalam Proton Pesona termasuk seorang ibu yang cedera parah dan bayi yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan. – Utusan

Author

Pilihan Editor