BUAT anda yang gemar nikmati sajian ‘Sang Kaya’ di restoran Boat Noodle pasti tahu kelembutan roti dan ‘penangan’ kuahnya itu.
Makan sekali dua pasti tak puaskan? Apa kata anda cuba hasilkan sendiri di rumah! Boleh makan tambah berkali-kali sambil tonton televisyen.
Jom ikuti resepi Sangkaya yang dikongsi Wanie Nnand ini!
Bahan:
- 1 Kotak santan
- 5 helai daun pandan (kalau besar guna 3-4 helai je)
- 1 sudu tepung jagung
- 1 biji telur
- 3 sudu gula (kalau rasa nak manis lagi boleh tambah)
- Sedikit gula melaka (nak letak lebih pon boleh)
- Sedikit pewarna hijau
Cara Penghasilan:
- Blend daun pandan dengan air
- Tapis kemudian, campurkan air pandan tadi dengan kesemua bahan-bahan
- Kacau sehingga sebati
- Panaskan periuk, kacau bahan tadi guna api perlahan
- Kena kacau selalu biar tak jadi keladak – kacau sampai jadi pekat
- Sebelum jadi pekat, rasa dulu manis ke tak – tambah gula kalau nak lebih manis
- Dah okay tutup api
- Untuk roti, boleh potong empat
- Kukus sekejap dalam 1 minit
- Agak-agak roti dah lembut, boleh angkat dan hidangkan!