IKAN siakap seringkali menjadi pilihan dan kegemaran ramai untuk hidangan utama ketika makan nasi.
Namun, tahukah anda khasiat disebalik ikan siakap?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa manfaat yang boleh diperoleh menerusi sajian ikan siakap atau nama lainnya, Lates calcarifer.
Bagaimanapun, khasiat itu hanya boleh dinikmati sekiranya ia dimasak dengan cara yang betul.
“Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium.
“Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya. Masaklah secara sihat sama ada secara kukus, panggang atau ‘air fryer’.
“Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran yang stabil untuk menggoreng seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol (vitamin E),” kongsi KKM.
🐟Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya.
📍Masaklah secara sihat… pic.twitter.com/Kg8hZGtcbh
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) January 26, 2024
Berikut 8 khasiat makan ikan siakap: