HomeGaya HidupJom Makan‘Refresh’ diri dengan air lemon asam boi!

‘Refresh’ diri dengan air lemon asam boi!

ADAKALA badan terasa panas dek kerana cuaca yang tidak menentu. Tambah pula jika bahang menusuk tubuh sehingga menyebabkan sakit kepala.

Mungkin ada yang sarankan untuk perbanyakkan minum air kosong supaya tubuh badan kekal hidrasi. Namun, pasti ada sebilangan daripada kita yang sukar nak ‘telan’ air kosong itu bukan?

Justeru, apa kata anda cuba alternatif lain seperti minum air yang menyegarkan seperti air limau asam boi yang sejuk!

Mudah sahaja untuk hasilkan air ini, jom ikuti perkongsian resepi Sue Fiysya.

Bahan:

1 botol besar air aiskrim soda.

1 tin laici /guna longan pun boleh.

2 batang serai ~ dititik.

Daun pudina ~ terpulang berapa helai.

1 biji lemon ~ dihiris nipis.

Asam boi putih.

Ais batu secukupnya.

Cara Penghasilan:

-Cuci semua bahan hingga bersih.

-Hiriskan lemon nipis nipis.

-Letakkan daun pudina.

-Masukkan lemon yang telah dihiris.

-Diikuti asam boi putih.

-Masukkan 1 tin buah laici /longan ( termasuk air)

-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.

-Masukkan ais batu

-Perah sedikit lemon; dalam setengah biji

-Akhir sekali, masukkan serai yang telah diketuk

Author

Pilihan Editor