HomeGaya HidupJom MakanResepi biskut coklat kreatif, jajan menarik dibawa ke jamuan sekolah!

Resepi biskut coklat kreatif, jajan menarik dibawa ke jamuan sekolah!

KEBIASAANNYA di sekolah, pasti akan diadakan jamuan akhir tahun. Setiap pelajar pasti digalakkan membawa sajian tersendiri bagi memeriahkan hidangan di majlis berkenaan.

Mungkin ada sebilangan ibubapa yang gemar membuat masakan sendiri berbanding menempah dari luar kerana mahukan nikmat ‘air tangan’ itu.

Namun, jika setiap kali jamuan dibawa menu yang sama pasti bosankan?

Apa kata kali ini anda cuba jadi lebih kreatif dengan hasilkan manisan comel seperti ‘jajan’ yang dikongsi oleh Zulaikha Zulkarnain.

Foto: FB Zulaikha Zurkainan

Bahan:

-Biskut (sebaiknya berbentuk bulat seperti Cream o)

– White choclate or dark chocolate

– Batang aiskirm

– Perhiasan seperti chocolate rice (versi boleh dimakan)

Cara Penghasilan:

– Kepit batang aiskirm dengan biskut

– Cairkan coklat dan celup

– Tabur chocolate rice

– Biarkan seketika supaya tak comot dan siap!

*Untuk hiasan anda boleh sahaja gunakan kreativiti masing-masing

Author

Pilihan Editor