HomeBeritaLagi pelajar dibuli, dibelasah di belukar

Lagi pelajar dibuli, dibelasah di belukar

KUALA LUMPUR: Tular sebuah video pergaduhan membabitkan dua individu dipercayai pelajar di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di ibu negara.

Video berdurasi 14 saat yang dimuat naik pengguna Instagram @malaysia.daily itu memaparkan seorang pelajar berpakaian sukan sebuah sekolah menengah dipercayai duduk di atas seorang pelajar yang lain di suatu kawasan belukar.

Tidak hanya memaki hamun pelajar yang dibuli, malah menerusi video tersebut pembuli berkenaan turut membuang sampah daun kering yang dikumpulkan kepada mangsa.

Bagaimanapun, masih belum dikenal pasti bila dan di mana kejadian berlaku.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna aplikasi itu meninggalkan komen mahu tindakan tegas diambil terhadap pelajar khususnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“@Pdrmsia_official sila kutip. Biar kutip sekarang daripada sambung buat perangai sampai besar. Sekian. Terima kasih,” ujar @ifa1712

“Kalau adik aku kena buli macam itu, sebelum polis datang kutip, aku kutip kau dulu bawa pergi balai terus. Suka hati nak bergaduh smpai macam itu. Kau pun sekolah lagi,” kata @faaraa.lee.

“Bukti ada senang kena kutip budak ni. Makin menjadi-jadi perangai budak sekarang ni,” ujar @sesuci_debunaa.- Kosmo

Authors

Pilihan Editor