HomeGaya HidupJom MakanNikmati hidangan autentik di Dapur 10Binjai pada Ramadan ini

Nikmati hidangan autentik di Dapur 10Binjai pada Ramadan ini

MENJELANG bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi, umat Islam sudah pasti teruja mengidamkan pelbagai juadah berbuka puasa.

Dengan tenaga yang agak terhad ketika berpuasa, mereka semestinya mahu agar hidangan diinginkan tersedia di depan mata, tanpa perlu bersusah payah untuk singgah di pelbagai lokasi.

Bagi mereka yang masih lagi tercari-cari lokasi sesuai untuk berbuka puasa dengan pelbagai pilihan juadah lazat, Perdana Kuala Lumpur City Centre mungkin ada jawapannya.

Perdana Kuala Lumpur City Centre merupakan lokasi strategik berikutan ia terletak di tengah-tengah ibu kota.

Para tetamu boleh mendapat akses mudah ke rangkaian jalan raya utama dan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park dan Transit Aliran Massa (MRT) Persiaran KLCC.

Lebih menarik, ia dikelilingi dengan pusat beli-belah terkenal termasuk Suria KLCC, Pavilion, Lot 10, Bintang Walk dan Sungei Wang Plaza.

Sempena sambutan Ramadan kali ini, Perdana Kuala Lumpur City Centre menawarkan promosi bufet mulai 13 Mac hingga 8 April 2024 di restorannya, 10Binjai.

Dengan tema ‘Selera dari Dapur Binjai’, 10Binjai menampilkan pelbagai hidangan warisan autentik yang menjanjikan pengalaman Ramadan tidak dapat dilupakan.

Pengurus Besar Perdana Kuala Lumpur City Centre, Zakaria Ismail berkata, para tetamu dapat merasai pengalaman kulinari istimewa menerusi stesen memasak yang ditetapkan di restoran tersebut.

Lebih istimewa, katanya, para tetamu turut berpeluang menyaksikan hidangan kegemaran mereka disediakan secara oleh chef profesional.

Tak perlu bersusah payah ke bazar Ramadan mencari Roti John kerana hidangan wajib itu semestinya disediakan di Dapur 10Binjai.
Hidangan tambahan di Dapur 10Binjai.
Aneka manisan tersedia di Dapur 10Binjai.
Sambil bersembang dengan si tersayang ketika berbuka puasa, tidak salah sekiranya menjamah hidangan kurma dan kuih raya di Dapur 10Binjai.
Pelbagai pilihan minuman yang mampu membasahkan tekak ketika berbuka puasa.
Daging masak hitam (kiri) dan udang nestum mentega antara hidangan istimewa di Dapur 10Binjai.

“Dari hidangan pembuka selera yang berwarna-warni kepada sup yang membangkitkan aroma rasa serta hidangan utama yang lazat, menu yang disediakan akan sentiasa membuatkan para tetamu teruja dengan juadah yang disediakan.

“Dalam menyemarakkan bulan Ramadan pada tahun ini, bufet kami menawarkan lebih hidangan autentik Malaysia yang menonjolkan kepakaran kulinari pasukan chef kami,” katanya.

Bubur lambuk antara hidangan istimewa di Dapur 10Binjai.
Dapur 10Binjai menyediakan hidangan Penang Asam Laksa bagi tetamu yang menginginkan kelainan.
Hidangan sotong dan paru goreng berlada bakal mengenyangkan perut tetamu di Dapur 10Binjai.

Menurutnya, menu yang menjadi tumpuan utama 10Binjai adalah kambing panggang yang terkenal dengan tekstur lembut dan perapan berperisa.

Tidak lengkap menikmati hidangan kambing panggang, sekiranya tidak singgah di gerai Sup Perdana.

“Sebagai pelengkap kepada hidangan utama ini, terdapat juga gerai hidangan langsung yang menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti juadah tradisional Daging Tumis Hitam
dan Gerai Sup Perdana yang membangkitkan aroma rasa dengan daging tulang, urat, kambing dan ayam.

“Untuk hidangan pencuci mulut, kami turut merangkumi kegemaran orang ramai seperti Putu Mayam dan Apam Balik.

“Diilhamkan dari resepi turun temurun, kami berhasrat untuk mengimbau kenangan-kenangan terindah buat para tetamu kami,” katanya.

Putu mayam antara pencuci mulut utama di Dapur 10Binjai.
Makanan laut segar yang menjadi pilihan tetamu Dapur 10Binjai.
Antara pembuka selera kepada tetamu yang hadir.

Dapur 10Binjai yang terletak di Aras 1 Perdana Kuala Lumpur City Centre memiliki ruang berhawa dingin dan ruang terbuka, yang mana para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di ruang pilihan sambil menikmati pengalaman dengan suasana berkonsepkan moden kontemporari.

Dengan ruangan kapasiti seramai 250 orang, Dapur 10Binjai pasti menjadi lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama dengan insan tersayang.

Bagi tetamu yang ingin menunaikan solat Maghrib dan solat Tarawih, surau turut disediakan di Aras 5, manakala Masjid Asy-Syakirin KLCC terletak hanya 260 meter dari Perdana Kuala Lumpur City Centre.

Pembelian awal baucar bufet Ramadan bernilai RM118 setiap seorang sehingga 11 Mac 2024, manakala harga biasa yang ditawarkan bernilai RM158 setiap seorang.

Untuk sebarang tempahan berhubung bufet Ramadan Dapur 10Binjai, orang ramai boleh hubungi di talian 03-74903333.

 

 

Author

Pilihan Editor