HomeBeritaWaktu bekerja penjawat awam di Pahang disingkatkan sepanjang Ramadan

Waktu bekerja penjawat awam di Pahang disingkatkan sepanjang Ramadan

CYBERJAYA: Khabar baik buat penjawat awam di Pahang, apabila waktu bekerja mereka kini disingkatkan sepanjang bulan Ramadan.

Kerajaan Pahang memaklumkan bahawa, waktu bekerja bagi penjawat awam di negeri itu ditetapkan sehingga jam 12.30 tengah hari pada setiap hari Jumaat.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, penetapan itu adalah selaras dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

“Penetapan ini turut melibatkan semua jabatan negeri, pejabat-pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada masa sama, Wan Rosdy merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Al-Sultan Abdullah atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan semua pihak.

“Patik pacal-pacal Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga Negeri Pahang Darul Makmur demi kemakmuran bersama,” katanya.

Author

Pilihan Editor