HomeBeritaAgong kurnia Toyota Vellfire kepada TUDM

Agong kurnia Toyota Vellfire kepada TUDM

CYBERJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, kurniaan itu diterima oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, di Pangkalan Udara TUDM, dekat Subang, Selangor pada Jumaat.

Sejak dahulu lagi, umum sedia maklum tradisi baginda mengurniakan kenderaan kepada pelbagai lapisan pegawai-pegawai berjasa, bagi mengiktiraf sumbangan dan perkhidmatan cemerlang mereka.

Untuk rekod, pada 8 Mac lalu, baginda telah mengurniakan sebuah kereta Proton X90 kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Tambahan lagi, baginda juga pernah mengurniakan sebanyak 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor pada September 2020, bagi menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan.

Author

Pilihan Editor