HomeGaya HidupJom MakanResepi biskut coklat ala-ala cendawan shitake!

Resepi biskut coklat ala-ala cendawan shitake!

MUSIM cuti sekolah ini, pasti ramai para ibu yang pening kepala fikirkan sajian menarik untuk dihidangkan buat seisi keluarga.

Tak perlu bimbang lagi, jom ikuti perkongsian resepi daripada Nor Al Fatihah T-hah menghasilkan biskut coklat crinkle berbentuk persis cendawan shitake!

Resepi Biskut Coklat Crinkle

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur A atau B
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 2 sudu teh serbuk penaik*
  • Gula aising secukupnya -untuk di salut
  • (bahan-bahan bertanda * di ayak)
Foto: FB Nor Al Fatihah T-hah

Cara Penyediaan:

  1. Satukan telur, gula, minyak & esen vanila. Kacau dengan whisk hingga gula larut
  2. Masukkan bahan2 yang di ayak. Kacau hingga sebati. Adunannya agak lembut & likat ye..boleh di tarik dengan whisk. Tutup adunan & rehatkan 1 jam di dalam peti ais
  3. Bulat-bulatkankan adunan & salut dengan gula aising. Proses ni kena cepat ya sebab adunan akan jadi lembut semula. Letak di atas dulang yang di lapik dengan baking paper. Jarak2kan sebab biskut akan kembang bila di bakar
  4. Bakar di dlm oven yg telah di panaskan pada suhu 160°c selama 15-20 minit, api atas bawah. Bila di tekan keras & merekah, bermakna ia sudah masak
  5. Sejukkan sebelum simpan di dalam balang kedap udara. Satu adunan saya dapat 44 biji cookies, bergantung pada saiz yang di buat

Nota:

  • Tips cookies cantik merekah, salutan gula aising kene tebal ye
  • Corak biskut ini terhasil daripada salutan gula aising yang di bakar menjadikan cookies ni crinkle @ berkerut/merekah
  • Rasanya tak crunchy macam cookies biasa tau, lebih rasa fudgy & chewy

Author

Pilihan Editor