HomeHiburanAs'ad Motawh anggap pergi sekolah buang masa

As’ad Motawh anggap pergi sekolah buang masa

PENYANYI, As’ad Motawh menjadi bualan warga net selepas kenyataan yang dikeluarkannya seolah-olah memperlekehkan sistem pendidikan di Malaysia.

Katanya, dia tidak gemar pergi ke sekolah kerana merasakan ia adalah sesuatu yang membazirkan masa.

Kenyataan itu dikatakan Asad dalam satu program podcast bersama pempengaruh Azri Walter dan Yousaf menerusi TikTok.

“Bagi saya, ketika saya masih muda, Asad rasa macam dari segi semua yang saya lakukan ketika ini, kebanyakan masa yang saya luangkan di sekolah adalah membuang masa sebenarnya.

“Benda yang saya belajar dengan benda yang saya buat sekarang tidak ada banyak kaitan dengan sekolah,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 23 tahun itu menegaskan dia tidak mengajak orang lain untuk berhenti sekolah. Sebaliknya, mencadangkan agar membuat pilihan mengikut minat dan keadaan masing-masing.

“Ada seseorang pernah kata yang sekolah ini dicipta kerana dia mahu cipta generasi pekerja.

“Bergantung pada apa yang anda mahu lakukan dalam hidup. For me, saya bukanlah peminat sekolah, tak minat sangat.

“Tapi saya perlu tambah untuk orang faham, janganlah berhenti sekolah disebabkan pandangannya.

“Bila saya nak berhenti sekolah tu, saya nak mula homeschool. Ini kerana saya dah bina sesuatu.

“Waktu tu saya dah ada 300,000 pengikut di Instagram. Saya tahu cara untuk dapatkan keuntungan daripadanya iaitu dengan menyanyi. Jadi pilihlah nak sambung belajar sepenuh masa atau separuh masa di rumah,” ujarnya.

@youusaff

Korang sekolah sampai umur berapa?

♬ original sound – Yousaf – Yousaf

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelantun lagu Senyum itu.

School is not totally a waste of time… if we look back there are a lot of things we actually get from it,” komen netizen.

School is not the thing that wasting your time, it teaches you learn how to think, critically, how to make friends, how to socialize, it teaches you intrinsically value that you don’t even realize, and of course whatever you doing later in life doesn’t related what you have been thought in school, but it has so much value than do nothing, especially in young age that you don’t mature enough,” tulis netizen.

“Bukan waste of timejust early stages before masuk universiti. Then we can become what we desire to be… kalau waste of time… there will be no doctors etc. Education are important bruh,” tegas netizen.

Author

Pilihan Editor