HomeBeritaAdakah Crackhouse tutup mata komedi hina Islam, Melayu sebelum ini? - NGO

Adakah Crackhouse tutup mata komedi hina Islam, Melayu sebelum ini? – NGO

KUALA LUMPUR: Pengasas Into Taqwa Malaysia and I Taqwa Medical Healthcare, Fara Othman bertanya adakah Crackhouse Comedy Club Taman Tun Dr Ismail tutup mata beberapa acara komedi hina Islam dan Melayu sebelum ini telah berlangsung di tempat mereka?

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata ada menerima beberapa klip video komedi yang dilihat mempersendakan Islam di tempat sama iaitu di Crackhouse.

Fara berkata, ada video dipercayai daripada pemilik kelab itu sendiri, Rizal Van Geyzel yang berkata dia membuat persembahan dalam bahasa Tamil dengan tujuan mempersendakan orang Melayu.

“Antara kata-katanya, tahu tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa Tamil? Sebab saya suka perli orang Melayu.

“Kata-kata ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa bagi orang Melayu.

“Malah ada lagi video di kelab yang sama yang tular menunjukkan seorang wanita Muslimah diberi tin arak dan disuruhnya membuka tin itu.

“Saya berharap pihak berkuasa, Jabatan Perpaduan Negara boleh mengambil tindakan sewajarnya, menghentikan acara-acara realiti yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dalam hidup kita berbilang kaum dan agama.

“Mungkin jika perlu tindakan menggantung sementara premis-premis seperti ini termasuk kedai air buah D Floral yang baru-baru ini tular kakak seksi juga perlu dibuat agar lebih adil kepada masyarakat,” katanya.

Pihak pengurusan Crackhouse Comedy Club menggesa agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik semula penggantungan lesen premis tersebut.

Ia susulan satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial menunjukkan seorang wanita mendakwa menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya ketikala membuat persembahan di kelab tersebut.

Dalam kenyataan, pengurus kelab tersebut Rizal Van Geyzel dan Shankar R. Santhiram berkata, kelab itu disita tanpa sebarang notis bertulis awal kepada pihak pengurusan.

Author

Pilihan Editor