HomeGlobalArab Saudi terima 185 jemaah haji di bawah program Tetamu Penjaga Dua...

Arab Saudi terima 185 jemaah haji di bawah program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci

KUALA LUMPUR: Seramai 185 jemaah haji di bawah program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci tiba di Arab Saudi pada Rabu untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kumpulan jemaah itu terdiri mereka yang mewakili 41 negara di bawah Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC).

Selain itu, ahli keluarga kepada mangsa yang terkorban dan cedera dalam serangan keganasan di New Zealand juga diundang menyertai program itu.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kementerian itu bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mereka sepanjang keberadaan di negara itu.

Perkhidmatan itu termasuk penempatan, pengangkutan, penyediaan makanan dan minuman serta perkhidmatan ziarah ke tapak suci. – BERNAMA

Author

Pilihan Editor