HomeBeritaGesaan Rafizi disambut lebih 100 ahli PKR lapor polis terhadap Najib

Gesaan Rafizi disambut lebih 100 ahli PKR lapor polis terhadap Najib

HULU SELANGOR: Baru-baru ini Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa ahli-ahlinya membuat laporan polis menentang Datuk Seri Najib Razak setiap kali bekas perdana menteri itu ‘berbohong’ kepada orang ramai.

Hari ini, lebih 100 ahli PKR membuat laporan polis terhadap Najib bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas perdana menteri itu berhubung keputusannya ketika memegang kuasa menamatkan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu.

Berita berkaitan: Tun M sudah pulangkan RM2.6 juta tak? soal Najib

Ekoran itu, kumpulan Sulu membawa Malaysia ke proses timbang tara pada Februari lalu di mana mahkamah Perancis memerintahkan Malaysia membayar pampasan kira-kira AS$15 bilion (kira-kira RM67 bilion).

Malaysia pula mencabar kesahihan tuntutan itu dibicarakan di Mahkamah Jenayah.

Rafizi telah membuat laporan pada jam 11 pagi tadi, bersama Nik Nazmi (Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad) di balai polis Setiawangsa.

Menurut hantaran yang disiarkan di Facebook Rafizi malam tadi, laporan itu dibuat bagi menggesa polis menyiasat dakwaan kecuaian Najib semasa memegang jawatan dengan menghentikan pembayaran tahunan RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu.

Ia meletakkan negara berisiko terpaksa membayar berbilion ringgit sebagai pampasan kepada pewaris Kesultanan Sulu.

Berita berkaitan: Tun M sudah pulangkan RM2.6 juta tak? soal Najib

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Fahmi Fadzil juga telah membuat laporannya di balai polis Pantai.

Sementara itu, PKR Hulu Selangor dikatakan membuat 43 laporan polis berhubung isu sama.

Ketua cabang, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, semua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor, petang tadi.

“Laporan polis ini mengenai kecuaian Najib yang telah menyebabkan negara sedang berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion.”

“Tuntutan ini bermula ekoran keputusan Najib menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013. Najib sekali lagi tidak serius dengan notis tindakan saman diambil oleh waris kesultanan Sulu yang dimulakan pada tahun 2017.

“Maka, kami meminta pihak berkuasa menyiasat Najib di bawah peruntukan kanun jenayah sedia ada (Akta 574) dan Peraturan-Peraturan mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan seperti perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan olehnya,” katanya.

Berita berkaitan: Tun M sudah pulangkan RM2.6 juta tak? soal Najib

Author

Pilihan Editor