HomeBeritaHarga barang naik tak jejas pelancongan - Nancy

Harga barang naik tak jejas pelancongan – Nancy

KUALA LUMPUR: “Kenaikan harga barang tidak menjejaskan industri pelancongan selagi ada pergerakan,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, selagi ada pergerakan di situlah ada pelancongan, di situlah ada rezeki untuk orang ramai.
“Pelancongan inilah bantu tambahkan pendapatan.
“Kita galakkan seramai mungkin orang untuk terlibat dalam sektor pelancongan.
“Pelancongan libatkan mobiliti orang ramai kalau tiada orang bergerak gerak tiada rezeki.
“Kita mahu lebih banyak pekerjaan dalam sektor perhotelan, orang jual makan, jual bahan-bahan lain dan pengangkutan semua sektor pelancongan maka inilah tanggungjawab kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Motif dan Reka Corak Tekstil Lestarikan Martabat Seni dan Warisan Negara di Muzium Tekstil di sini.
Nancy hadir merasmikan Majlis Motif dan Reka Corak Tekstil di Muzium Tekstil Negara.
Pameran ini dibuka pada orang ramai bermula 7 Julai hingga 31 Disember depan di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sebanyak 91 koleksi pelbagai kategori milik Jabatan Muzium Malaysia dan 65 koleksi produk akhir hasil karya dan kreativiti para pelajar UiTM Cawangan Machang, Kelantan.
Peragaan pakaian yang menggunakan motif dan reka corak tekstil yang unik di Muzium Tekstil Negara.

Antara koleksi dipamerkan adalah koleksi songket, songket limar, kain tenun, kain pelangi, batik, tekat, hiasan kepala, kelingkan, kasut manik dan telepuk.

Antara pengisian program Semarak@Tekstil adalah sembang tekstil, demonstrasi pemakaian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Perak, pelbagai bentuk pertandingan, gerai jualan dan lain-lain aktiviti.

Author

Pilihan Editor