HomeMV+PendapatMasih wujudkah Musang Berjanggut dalam sistem kita?

Masih wujudkah Musang Berjanggut dalam sistem kita?

INI adalah analisis kewartawanan, kisah filem P. Ramlee berjudul Musang Berjanggut tentang orang-orang berkuasa yang menggunakan kedudukan dan pilih kasih dalam melaksanakan hukuman benar-benar berlaku dalam kehidupan moden hari ini.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak, Emilia Hanafi masih lagi dalam pengurusan kes pendakwaan pukul dan cedera ‘domestic violence’ di Mahkamah Jenayah 3 Jalan Duta sejak 2016.

Dalam pada itu, prosiding acapkali tertangguh dek kerana bekas suaminya SM Faisal SM Nasimuddin melalui peguamnya memberikan alasan berada di luar negara untuk tidak hadir.

Terdahulu kedua mereka telah pun berpisah pada 2017 dan telah bersetuju di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berkaitan hak penjagaan anak-anak.

Bekas suami telah memberi sepenuhnya hak jagaan penuh kepada Emilia dan bekas suami hanya mahu hak lawatan sahaja. Kata sepakat ini dicapai tanpa melalui proses perbicaraan.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Untuk rekod, anak-anak adalah saksi kes keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, Emilia didakwa melanggar perintah sebanyak dua lawatan iaitu tarikh lawatan pertama tarikh pada 6 dan 7 Oktober 2018 manakala lawatan kedua pada 10 Oktober yang juga ulang tahun kelahiran SM Faisal.

Bekas suami meminta lawatan ulang tahun itu pada jam 11 pagi hari Rabu waktu persekolahan anak-anak.

Tetapi Emilia memaklumkan agar pertemuan dibuat selepas jam 11 pagi waktu persekolahan ataupun pada hujung minggu.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Anak-anak ingin mengikuti ibunya ke program berunsur agama, di Baling, Kedah. Tarikh itu juga adalah giliran pertemuan dengan bapanya.

Si ibu telah membuat surat berhubung pertukaran tarikh. Tiada apa-apa jawapan diterima, tetapi selepas tiga bulan berlalu baharulah bekas suaminya menfailkan kes mendakwa Emilia gagal menghantar anak pada tarikh tersebut.

Di Mahkamah Tinggi pula, bekas suami memohon agar Emilia dikenakan tindakan menghina perintah mahkamah, mahkamah pula telah bersidang secara ‘ex parte’ tanpa kehadiran Emilia.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Emilia dakwa tidak tahu, tidak dimaklumkan tarikh prosiding di Mahkamah Rayuan itu,  peguamnya pula telah menarik diri.

Kes jenayah keganasan rumah tangga berlangsung mulai 14 Disember 2021 di Mahkamah Jenayah 3 di Jalan Duta.

Namun Emilia dikejutkan dengan waran tangkap di bawah Mahkamah Tinggi Syariah seminggu selepas perbicaraan kes domestik dari Mahkamah Jenayah.

Bimbang kes jenayah domestiknya terjejas akibat ketidakhadirannya sebagai pengadu dan saksi utama di mahkamah sivil, akhirnya Emilia menyerah diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebelum dihantar ke Penjara Wanita Kajang.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Perintah penjara selesai pada 1 Julai 2022, Jumaat lalu.

Pada Rabu ini, 6 Julai 2022, prosiding kes keganasan rumah tangganya dijadualkan berlangsung di Mahkamah Jenayah 3 Kuala Lumpur.

Di sini kita boleh lihat ibu tunggal berhempas pula mencari keadilan dirinya walaupun terpaksa menyerah tubuhnya ke neraka dunia,  berhadapan perintah penjara tujuh hari atas alasan menukar ganti tarikh lawatan bekas suami dan anak.

Yang menjadi persoalan kepada Emilia, sebelum itu Mahkamah Syariah pernah menolak perintah Mahkamah Persekutuan melarang bapa berada 50 meter berhampiran anak.

Undang-undang itu tidak terpakai di Mahkamah Syariah. Emilia tidak boleh menulis faktor penceraian akibat dipukul suami.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Pihak suami pula mengambil peluang seolah-olah ini adalah penceraian biasa iaitu isteri memohon cerai sekaligus beliau layak mendapat penjagaan anak sedangkan, kes jenayah domestik sedang berlangsung di Mahkamah Jenayah.

Malaysia juga mempunyai sejarah yang panjang tentang pembentukan Mahkamah Syariah sehinggalah terbentuk Mahkamah Syariah pada masa kini (Ramizah, 2011).

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakmen negeri.

Dalam bahasa mudah orang awam faham, bidang kuasa syariah berbeza dengan undang-undang sivil di mana kuasanya tidak mutlak boleh diperhalusi semula.

Namun yang menjadi persoalan kenapa hukuman penjara ditempatkan sama seperti penjenayah sivil yang sedia maklum tidak patuh syariah?

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Media sebelum ini, melaporkan seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ atau guna kaedah dera ‘waterboarding’ ala militan akibat mengalihkan tabung masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Januari lalu.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

Bagaimanapun, pada 17 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja itu dan Hakim Datuk Abd Halim Aman menggantikan hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Atas prinsip keadilan, rekodnya dipadamkan demi masa depan remaja itu agar dia boleh meneruskan hidup dalam masyarakat tanpa dihakimi sepanjang hayatnya.

Bercakap mengenai keadilan, sejauh manakah kita adil dalam menilai, menghukum sesuatu perkara? Kerana setiap perbuatan kita tetap akan dinilai mungkin bukan di dunia ini tetapi di kehidupan kekal akhirat.

Berita berkaitan: Bayar nafkah anak lebih baik daripada peguam, Siti Kassim tegur SM Faisal

 

Author

Pilihan Editor