SETAPAK: Ini kisah benar mengenai pontianak yang viral di Danau Kota, Setapak.
Ia bermula pada bulan purnama penuh Mei lalu yang menjadi titik tolak bagaimana pontianak telah mengubah hidup 360 darjah seorang lelaki dikenali sebagai Bobby.
Berita berkaitan: Rezeki diberhentikan kerja, terlahirnya MOJ Cafe
Bobby nyaris menutup operasi perniagaan makanan yang diusahakan sejak 2019 kesan daripada pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun segalanya berubah apabila Paku dan Pontianak hadir dalam hidup Bobby dan rakan niaganya, Chef Zainal.
Restoran mereka telah bertukar nama daripada Bobby kepada Paku dan Pontianak pada 22 Jun lalu.
Berita berkaitan: Rezeki diberhentikan kerja, terlahirnya MOJ Cafe
Hari kedua pembukaan restorannya, nama Paku dan Pontianak tular di media sosial apabila seorang wanita telah memuat naik di akaun TikToknya.
Minggu pertama pembukaan restoran, sudah mampu raih jualan RM5,000 sehari, itulah penangan Paku dan Pontianak.
Bobby berkata, ketika nyawa restorannya berada di hujung tanduk, isterinya berjaya menghubungi Broku, seorang konsultan pemasaran yang rekodnya berjaya menyelamatkan ribuan perniagaan lingkup kembali hidup.
Berita berkaitan: Rezeki diberhentikan kerja, terlahirnya MOJ Cafe
“Syukur Alhamdulillah, Broku beri peluang untuk melihat kami berjaya.
“Dia datang ke kedai dan memberitahu ideanya, saya agak terkejut mulanya kenapa nama Paku dan Pontianak tetapi saya letakkan kepercayaan terhadap 100 peratus tanpa dolak-dalik dan pertikaian.
“Dia bawa pasukannya ubah wajah restoran saya bertukar sepenuhnya dengan konsep sebenarnya amat tenang bukan seram.
“Selepas tular, saya yang asalnya ada seorang pekerja sahaja terpaksa gajikan lagi 10 orang bagi melayani pelanggan.
“Tidak sangka pontianak bukanlah satu nama puaka tetapi pusaka yang berharga, syukur semua,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Rezeki diberhentikan kerja, terlahirnya MOJ Cafe
Paku dan Pontianak dibuka setiap hari dari jam 4 petang hingga awal pagi, menyediakan makanan Barat pada harga berpatutan dan semua pilihan amat sedap.
Penulis sudah mencuba beberapa makanan dan beri jaminan anda tidak akan menyesal datang menikmati hidangan yang lazat sambil bergambar serta menghayati suasana yang romantis.