HomeGaya HidupJom MakanRezeki diberhentikan kerja, terlahirnya MOJ Cafe

Rezeki diberhentikan kerja, terlahirnya MOJ Cafe

AMPANG: Rezeki Tuhan Yang Esa tidak pernah salah alamat, kerana ia pasti datang kepada manusia pada waktu yang tepat.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Justeru, padang rezekiNya Maha Luas. Ibarat ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.

Meskipun pernah diberhentikan kerja daripada sebuah agensi berita rasmi kerajaan, Audi Ghazali kembali bangkit dan kini memiliki sebuah kafe sendiri yang diusahakan bersama tiga beradik.

Pernah menyumbang bakti kepada masyarakat melalui penulisannya sebagai pemberita pada 2015, namun rezekinya dalam bidang itu hanya setakat empat tahun sebelum diberhentikan atas faktor tidak dapat dielakkan.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Mengimbau kembali pengalamannya sebagai pemberita, Audi, 32, bermula sebagai kadet pemberita sebelum diserap kekal, dan ia pengalaman yang paling bernilai pernah dilaluinya.

“Bila jadi pemberita, saya kena buat semua tugasan liputan seperti sukan, berita am, perniagaan, jenayah.

“Sebenarnya bidang ini cabarannya berbeza, malah ia lebih kepada tahap lebih tinggi, ‘next level’.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

“Maksud saya, walaupun bukan kepakaran dalam tugasan kategori itu, nak tak nak kena buat juga.

“Contoh, bos pernah cabar saya untuk melapor kes jenayah, saya kena tengok mayat dan memang kembang tekak la tapi kena juga sampaikan maklumat di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di kafenya, Mak Ok Je (MOJ) Cafe, di sini.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Katanya, bidang kewartawanan bukan sahaja mengajarnya erti pengalaman berharga, tetapi juga pengetahuan yang takkan didapati di mana-mana.

“Paling tidak boleh lupa, isu Kim Jong Nam. Kena ‘standby’ 24 jam, kejar polis, kejar duta, masuk bilik mayat hospital, dan ada ketika saya terjatuh longkang, terpaksa buat laporan sambil menahan sakit.

“Berada dalam bidang ini juga saya dapat rakan sekerja yang sangat menyokong sesama sendiri,” katanya.

Biarpun memori itu sudah berlalu, ia tidak mematahkan semangatnya untuk kembali mengubah nasib diri dengan membuka perniagaan kafe, MOJ Cafe, di sini, bersama adik beradik, sejak Januari tahun ini.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Audi mula berjinak dalam bidang perniagaan kafe selepas mengenal pasti kebolehan adik beradik masing-masing dalam bidang kulinari, lapangan, dan pengurusan pentadbiran.

Katanya, ia juga kerana ayahnya, Datuk Md Ghazali Abd Karim pernah berpesan, supaya melakukan sesuatu untuk keluarga sebelum beliau meninggal dunia, pada Januari 2021.

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2022. Pemilik kafe Mak Ok Jer (MOJ), Audi Gahzali di MOJ Cafe.

“Di MOJ Cafe, kami menggunakan konsep ‘Grab & Go’, bermaksud pelanggan boleh meletak kenderaan di hadapan kafe, ambil pesanan dan beredar tanpa perlu menunggu lama tetapi mereka masih boleh lepak santai di sini.”

“Kami menyajikan lebih 30 jenis menu dengan mengutamakan kepada hidangan kopi, pastri, jejari makanan, selain nasi lemak MOJ paling laris,” katanya yang sehingga kini disokong oleh ibu tercinta, Datin Zaikiah Awang.

Dia juga bakal menambah item baharu ke dalam menu seperti ‘croffle’, dan ‘ice blended’.

Berita berkaitan: Usahawan kafe ajak peniaga kecil pasar produk di premis

Author

Pilihan Editor