HomeBeritaPRU15: Bersatu Ampang pertaruh calon muda, Abdul Saleem

PRU15: Bersatu Ampang pertaruh calon muda, Abdul Saleem

AMPANG: Abdul Saleem Abdul Haque mendapat mandat dari Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Isa Saidi untuk bertanding di Parlimen Ampang.

Pemilihan bagi calon P. 099 Parlimen Ampang yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Ampang menunjukkan prinsip Bersatu mendengar mahu suara anak muda yang mahu meletakkan calon anak muda bagi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Abdul Saleem adalah seorang usahawan yang berjaya mempunyai misi dan visi transformasi Ampang sebagai wilayah contoh dan moden.

Sebagai anak jati Ampang beliau memahami denyut nadi warga Ampang, sering terlibat dalam aktiviti masyarakat serta sering membantu penduduk Ampang melalui Bahagian Ampang.

Penduduk Ampang ramai dari kalangan B40, jadi tokoh pemimpin yang dekat di hati penduduk lebih diyakini mampu menyelesaikan masalah mereka nanti.

Baru-baru ini Bersatu Selangor mengumumkan bertanding di 12 kerusi di negeri itu dalam PRU15.

Menurut Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, parti itu akan bertanding di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen.

 

Author

Pilihan Editor