HomeBeritaRizal Crackhouse Comedy Club bebas petang ini

Rizal Crackhouse Comedy Club bebas petang ini

KUALA LUMPUR: Pelawak Rizal van Geyzel yang ditahan semalam akan dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur petang ini.
Penahanan beliau dilihat masyarakat awam tidak seteruk kes Emilia Hanafi, pesalah Syariah yang dihantar ke Penjara Wanita Kajang, terpaksa melalui pengalaman ketuk ketampi bogel dan buang air dalam tong hitam tanpa penghadang.
Difahamkan Rizal adalah pemilik Crackhouse Comedy Club iaitu lokasi di mana video tular 54 saat menunjukkan seorang wanita berpakaian sopan membuat persembahan komediri di kelab tersebut.
Dalam persembahannya, wanita itu mendakwa beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung dan tudung dipakainya, mendedahkan pakaian tidak menutup aurat yang dipakai di dalamnya.
Namun beberapa laporan polis kemudiannya dibuat pelbagai pihak selepas tularnya video berbaur hinaan kepada Melayu dan Islam dibuat oleh Rizal.
Menurut peguam mewakili Rizal, Ramkarpal Singh, anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu kerana mengeluarkan kenyataan yang cenderung menghasut.

Lelaki terbabit juga, kata Noor, disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

Author

Pilihan Editor