HomeMV+EksklusifTujuh tahun tidak pernah tuntut harta sepencarian - Emilia Hanafi

Tujuh tahun tidak pernah tuntut harta sepencarian – Emilia Hanafi

KUALA LUMPUR: Emilia Hanafi, 44, tampil menjelaskan tidak pernah memfailkan harta sepencarian ke atas bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Beliau meluahkan rasa terkejut apabila menerima tuntutan harta sepencarian daripada taikun perniagaan itu.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

“Banyak yang bertanya kepada saya apa yang dituntut oleh plaintif.

“Sebenarnya dia menuntut rumah kelamin, separuh daripada rumah kelamin itu atas nama dia, separuh lagi atas nama gabungan saya dengan dia.

“Itu pun dia nak tuntut, dan ditulisnya, nak tuntut 100 peratus, mungkinlah dia mahu tinggalkan saya kosong tanpa sesen pun dan ambil semuanya, tapi saya tidak memiliki apa-apa sebenarnya.

“Rumah itu ditinggalkan tanpa berpenghuni sejak 2016 kerana tidak diberikan kunci. Saya dan anak-anak menumpang tidur di sana sini sepanjang tujuh tahun berpisah.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

“Doakan saya urusan saya dipermudahkan untuk mendapatkan keadilan dan haknya serta anak-anak,” katanya kepada MEDIA VARIASI ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Emilia bersama peguam bela hadir hari ini  bagi mendengar sebutan kes tuntutan harta sepencarian daripada jutawan itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, hakim telah menundakan sebutan ke tarikh 19 Julai 2022.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

MEDIA VARIASI difahamkan kehadiran Emilia ke mahkamah adalah kerana tiada pemberitahuan awal oleh mahkamah kepada pihaknya, hanya dimaklumkan pagi tadi oleh peguam mewakili SM Faisal.

Pengerusi Bersama Kumpulan Naza itu membuat tuntutan terhadap sebuah rumah terletak di Serene Kiara bernilai kira-kira RM6 juta yang dimiliki secara bersama oleh kedua-dua mereka.

Rumah tersebut dibeli pada tahun 2009 dan dijadikan rumah kelamin sepanjang tempoh perkahwinan mereka, telah dituntut SM Faisal pada 17 Mac lalu.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Menurut peguam mewakili Emilia, Datuk Khairul Anwar Rahmat, kehadiran Emilia ke Mahkamah Tinggi Syariah membuktikan wanita berkenaan menghormati kedudukan dan kewibawaan mahkamah tersebut.

“Beliau meletakkan kepercayaan kepada undang-undang Islam dan para hakim bahawa ini adalah sistem yang adil.

“Untuk membetulkan tanggapan setengah pihak bahawa Emilia memusuhi ataupun menentang Mahkamah Syariah kerana apa sahaja berkaitan Islam sememangnya adil,” katanya.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Selain Khairul Anwar turut mewakili Emilia adalah Nazri Yahya, Zulkifli Che Yong dan Dr Azmi Mohd Rais.

Emilia juga hadir dan ditemani ibu, bapa serta seorang adiknya.

Pada 27 Jun lepas, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lepas.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Sementara itu Nazri berkata, Emilia akan memfaikan tuntutan harta sepencarian terhadap SM Faisal.

“Ini bukan kes pertama bekas suami menuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri. Banyak kes lain begitu dan kita juga akan membuat tuntutan bagi pihak Emilia juga,” katanya.

Menurut beliau, pihak peguam Emilia akan memaklumkan kemudian tarikh permohonan bagi memfaikan tuntutan harta pencarian terhadap Faisal.

Emilia dan Faisal mendirikan rumah tangga pada 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Mereka bercerai pada Mac 2016.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Ketika ini Faisal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang ketika kejadian merupakan isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan: Tidur paling lena, paling selamat dalam penjara – Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor