HomeBeritaWanita Arab hina Islam, mengaku Nabi

Wanita Arab hina Islam, mengaku Nabi

KUALA LUMPUR: Sewajarnya Arab Islam membawa contoh yang baik kerana di negara itu bermulanya penyebaran agama Islam seluruh dunia.

Namun dunia media sosial sekali lagi dikejutkan dengan tindakan seorang wanita Arab, Mariam Hadid dengan berani menggelarkan dirinya sebagai nabi wanita pertama menerusi akaun TikTok miliknya.

Pelbagai aksi yang menghina Islam seperti memakai baju separuh bogel, tidak memakai baju dalam dengan berhijab, membaca kitab al Quran dengan kostum ketat dan beberapa lagi video berbaur lucah dipamerkan.

Akaunnya memiliki lebih 200,000 kesukaan dan hampir 80,000 pengikut.

Katanya, pemakaian tudung sudah ada sebelum kedatangan Islam di negara Arab dan di negara itu tudung sekadar menutup kepala.

“Tudung adalah perhiasan orang Islam yang perlu dipakai, namun cara pemakaian dan pemilihan baju itu terpulang pada individu walaupun mereka ingin menggayakan dalam bentuk seksi,” katanya.

Dia juga memuat naik video sedang membaca al-Quran serta mengajuk pergerakan dan bacaan ketika solat sambil memakai kostum ‘lucah’.

Pihak berkuasa negara asal Mariam mungkin tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita itu kerana berkemungkinan dia tinggal di negara lain namun kita sebagai pengguna media sosial beragama Islam boleh mengambil tindakan dengan melaporkan akaun tersebut kepada TikTok agar ia dikenakan sekatan.

Author

Pilihan Editor