HomeSukanCukup-cukuplah hentam, perli Zii Jia

Cukup-cukuplah hentam, perli Zii Jia

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

RAMAI peminat badminton melahirkan kekecewaan dan mengkritik Lee Zii Jia secara keterlaluan.

Kekalahan di Kejohanan Badminton Dunia Jepun baru-baru ini mencetuskan perdebatan di netizen yang aneh melihat prestasi pemain kelahiran Kedah itu.

MEDIA VARIASI berpandangan, cukup-cukuplah mengeluarkan lagi kenyataan pedas yang mungkin membantutkan kariernya di masa depan.

Tolonglah berhenti memberi komen negatif kepada Zii Jia. Dia sudah membuat Malaysia bangga dengannya.

Dia memberikan kita dua gelaran iaitu Juara Terbuka Thailand dan Juara Asia.

Bolehkah kita menghargai usahanya?

Ada juga kata-kata memerli pemain perseorangan badminton itu di media sosial yang kita tahu komen tanpa sempadan.

“Lee Zii Jia asyik kalah je memanjang..”

Cuba kita lihat statistik dan rekod pencapaiannya pada tahun ini.

Daripada 34 perlawanan yang dia sertai tahun ini ada 29 kemenangan dan hanya lima kali kalah.

Dua gelaran telah dia capai pada BAC2022 dan Terbuka Thailand 2022 dan semasa di Piala Thomas 2022, dia memenangi semua perlawanan yang dia sertai.

Jadi, tidak cukupkah lagi sumbangan Zii Jia kepada negara?

Tepuk dada tanyalah dari mata hati!

Author

Pilihan Editor