HomeNiagaGaji kecil dorong Nurussyifa cari 'side income' dengan Inai Republic

Gaji kecil dorong Nurussyifa cari ‘side income’ dengan Inai Republic

KUALA LUMPUR: Kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Begitulah keperitan yang pernah dialami Nurussyifa Husni sebelum bergelar usahawan Inai Republic berjaya.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID-19, turut memberi kesan kepada kadar gaji guru agama itu apabila dikecilkan lagi, menyebabkan dia terpaksa mencari pendapatan sampingan dengan berniaga demi kelangsungan hidup diri dan keluarganya.

Bukan mudah untuk berniaga jika tiada asas ilmu, namun Nurussyifa, 26, tidak menyangkakan penyertaan awal berniaga secara percuma dengan syarikat inai itu, akhirnya membentuk dirinya sebagai master stokis Ampang.

 

Ini kerana, katanya, kesungguhan dan komitmen diberikan pengasas Inai Republic, Syarifah Furaiha, yang sendiri sentiasa turun padang mencurahkan ilmu kepada usahawan syarikat itu, tidak henti.

“Saya mahu kembangkan pendapatan saya. Walaupun tidak ada pengalaman langsung dalam berniaga, tetapi Inai Republic boleh beri perniagaan secara percuma, tanpa modal dan barang. Cuma gerakkan perniagaan sahaja.

“Pengasas setiap minggu datang beri ‘coaching’ daripada asas sehingga kami mampu capai sasaran jualan berganda,” katanya yang pernah mencecah jualan sebanyak RM180,000 sebulan.

Kini, dia perlu bijak membahagikan masa sebagai guru agama dan usahawan ‘leader’ Inai Republic, kerana percaya inai mendapat tempat di hati pengguna, setiap hari.

Sementara itu, bagi Shazilah Sulaiman, 38, tidak menyangka perniagaan Inai Republic mengubah dirinya daripada nilai kosong dalam akaun bank kepada usahawan yang mampu capai sasaran jualan mencecah RM1 juta.

Master stokis Kuala Lumpur itu, berjaya mencapai sasaran itu dalam tempoh lima bulan sahaja, berkat kesungguhannya ingin mengubah ekonomi keluarga lebih baik.

“Jika sebelum ini saya pemohon zakat, tapi dengan Inai Republic, saya mampu bayar zakat kembali.

“Platform ini benar-benar membantu surirumah seperti saya yang kakinya tidak boleh keluar rumah kerana perlu uruskan anak, kerana tidak perlu pos barang dan keluarkan modal,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor