HomePendidikanJaguh Olimpik Prince Mumba sambut Merdeka bersama rakyat Malaysia

Jaguh Olimpik Prince Mumba sambut Merdeka bersama rakyat Malaysia

RAWANG: Prince Mumba akan mengadakan larian ambang kemerdekaan di Universiti Wilmington Metropolitan, Seri Kembangan pada 30 Ogos ini.

Jaguh Olimpik itu akan menyertai larian jarak dua kilometer bersama pelajar khususnya dari Fakulti Sains Sukan di Universiti Wilmington Metropolitan menerusi karnival sukan yang diadakan.

Dekan Fakulti Sains Sukan Universiti Wilmington Metropolitan, pelari solo negara Mej (K) Dr Suwaibah Muhammad Nasir berkata, Prince Mumba akan berkongsi ilmu dalam ceramah dan seminar yang akan diadakan.

Dr Suwaibah Muhammad Nasir

“Perkongsian beliau bukan sekadar kepada pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Remaja Pembela Ummah dari Global Ikhwan Sdn Bhd tetapi juga kepada golongan yang tidak mampu melanjutkan pengajian.

“Beliau akan berkongsi tips bagaimana menjadi atlet yang berkualiti dan berketrampilan.

“Sukan tiada sempadan, sukan adalah rumpun perpaduan anak bangsa dan sukan diharap mampu meletakkan imej Malaysia di mata dunia,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Prince Mumba

Tambahnya, universiti berkenaan juga menawarkan kursus sukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dan lepasan diploma dari pelbagai bidang.

“Kami sangat komited dalam melahirkan
thinking atheletes dan mempunyai kebolehpasaran yang sangat tinggi,” katanya.

Untuk rekod, Prince Mumba yang lahir pada 1984 menyertai Olimpik pada tahun 2004 dan 2012.

Mumba turut menyertai tiga kali IAAF World Championships in Athletics, pada 2005, 2009 dan 2011.

Author

Pilihan Editor