HomeBeritaKonsert bertalu-talu kerja gila - PAS

Konsert bertalu-talu kerja gila – PAS

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS hari ini mengecam penganjuran banyak konsert di negara ini yang disifatkan sayap parti berlangsung secara “bertalu-talu”.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, penganjuran konsert sebegitu mesti dihentikan.

“Penganjuran konsert-konsert bertalu-talu adalah kerja gila menjemput kemurkaan Allah SWT.

“Hentikan kerja-kerja begini.

“Jangan dicabar emosi umat Islam. Pihak berwajib mohon dengar suara umat Islam sebelum datang kemurkaan Allah SWT,” kata dalam satu hantaran di Facebook miliknya di sini,

Kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 selepas penyanyi antarabangsa Billie Eilish menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam semalam.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli tidak merujuk kepada mana-nama konsert secara khusus.

Meluahkan kekesalannya, Ahmad Fadhli berkata apa yang dibangkitkannya itu bukan soal politik tetapi agama.

“Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya.

Malam semalam, penampilan sulung Eilish itu menyaksikan sambutan hangat peminat yang membanjiri pekarangan stadium sejak pagi, walaupun konsert hanya akan berlangsung di sebelah malam.

Sementara itu, meluahkan kekesalannya di Facebook, Ahmad Fadhli berkata apa yang dibangkitkannya itu bukan soal politik tetapi agama.

“Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya.

Tahun ini kegiatan konsert di ibu negara semakin rancak menjelang peralihan ke era endemik Covid-19 sejak 1 April lalu.

Antara konsert lain sebelum ini termasuk Search, Dewa, Datuk Hattan, Ziana dan Anuar Zain dan Kembara.

Akan datang adalah konsert bintang Kpop, Rain, Justin Bieber dan Michael Learn To Rock.

Author

Pilihan Editor