HomeSukanLiverpool dalam kumpulan sukar – Klopp

Liverpool dalam kumpulan sukar – Klopp

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

JURGEN Klopp memberitahu Liverpool berada dalam Kumpulan A yang kelihatan amat getir di Liga Juara-Juara musim 2022/23. Dia menilai semua pasukan miliki peluang untuk mara ke pusingan 16.

Undian yang berlangsung di Istanbul awal pagi Jumaat tadi meletakkan kelab England itu akan berdepan Ajax Amsterdam, Napoli dan Rangers FC.

Kumpulan ini dijangka tidak mudah buat The Reds. Ajax merupakan juara Belanda dan kerap tampil di Liga Juara-Juara.

Napoli bermain konsisten dan sentiasa layak dalam beberapa musim terakhir. Manakala, Rangers pada musim lalu berjaya melangkah ke final Liga Europa.

“Semua kelab memiliki kualiti, pengalaman dan saya akan mengatakan mereka semua memiliki peluang.

“Perkara positif kami juga melakukannya, jadi masuk akal bagi kami untuk menantikan saingan ini dan mencuba sehabis baik,” jelas Klopp dipetik dari BBC.

Tambah Klopp, ia bukan pertandingan mudah buat pasukan mencari jalan keluar kerana level kejohanan itu sendiri yang berprestij dan sangat tinggi.

“Beberapa tahun yang lalu kami beraksi di dua pertandingan yang sangat sukar melawan Ajax dan kami seri bertemu Napoli. Jadi kami tahu sedikit mengenai kedua-dua pasukan dan lawan pun tahu kekuatan Liverpool,” katanya.

Keputusan undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2022-23:

Kumpulan A
Ajax Amsterdam (Belanda)
Liverpool (England)
Napoli (Itali)
Rangers FC (Scotland)

Kumpulan B

Porto (Portugal)
Atletico Madrid (Sepanyol)
Bayer Leverkusen (Jerman)
Club Brugge (Belgium)

Kumpulan C

Bayern Munich (Jerman)
Barcelona (Sepanyol)
Inter Milan (Itali)
Viktoria Plzen (Republik Czech)

Kumpulan D

Eintracht Frankfurt (Jerman)
Tottenham Hotspur (England)
Sporting CP (Portugal)
Marseille (Perancis)

Kumpulan E

AC Milan (Itali)
Chelsea (England)
FC Salzburg (Austria)
Dinamo Zagreb (Croatia)

Kumpulan F

Real Madrid (Sepanyol)
RB Leipzig (Jerman)
Shakhtar Donetsk (Ukraine)
Celtic FC (Scotland)

Kumpulan G

Manchester City (England)
Sevilla (Sepanyol)
Borussia Dortmund (Jerman)
Copenhagen (Denmark)

Kumpulan H

Paris Saint-Germain (Perancis)
Juventus (Itali)
Benfica (Portugal)
Maccabi Haifa

Author

Pilihan Editor