HomeBeritaMalaysia terima 23,000 permohonan masuk tenaga kerja sejak sekatan ditarik balik

Malaysia terima 23,000 permohonan masuk tenaga kerja sejak sekatan ditarik balik

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Malaysia terima permohonan kemasukan tenaga kerja dari Indonesia seramai 23,000 sejak sekatan ditarik balik kerajaan Republik itu 1 Ogos lalu.

Konsul Jenderal Republik Indonesia Di Kuching, Raden Sigit Witjaksono mendedahkan daripda angka berkenaan seramai 1,600 saripdanya memohon untuk memasuki Sarawak.

“Kesemua permohonan ini sedang dalam di proses,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI selepas menyempurnakan Hari Ulang Tahun Republik Indonesia ke-77 di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching (KJRI Kuching) di sini, hari ini.

Beliau berkata permohonan ini melibatkan kumpulan pertama memandangkan setelah dua tahun serangan pandemik COVID-19.

“Indikasi positif selepas pandemik membawa kepada perkembangan (kemasukan) yang positif,” ujarnya jumlah berkenaan dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesia di Kuala Kumpur kepada pihaknya di sini.

Menurut beliau permohonan bagi di Sarawak bukan sahaja diluluskan oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia sahaja namun akan melalui tapisan kedutaan dan pihak berkuasa di Jakarta.

“Keputusan begini adalah sepengetahuan dan sepandangan dengan Malaysia dari segi kemasukan pekerja hingga ke proses penempatan pekerja,” jelasnya.

Raden turut memberi jaminan akan perlindungan rakyatnya di Sarawak seiring dengan penetapan terma dan syarat syarikat perusahaan untuk warganya berkhidmat.

Author

Pilihan Editor