HomeBeritaMB Selangor arah henti roboh bengkel, tambah dua lokasi baharu

MB Selangor arah henti roboh bengkel, tambah dua lokasi baharu

SHAH ALAM: Sekumpulan pengusaha bengkel Selayang, menzahirkan kesyukuran selepas Menteri Besar Selangor, bersetuju untuk menghentikan proses roboh bengkel di Sungai Tua sementara menunggu penempatan baharu.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai Malaysia (Nambikkai), Datuk Kalai Vanar berkata, keputusan itu dibuat susulan pihaknya menyerahkan memorandum dan berbincang bersama wakil Menteri Besar kepada, Puan Juwairiyah di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini.

“Beliau (wakil Menteri Besar) telah terima memorandum, dan kami berbincang. Beliau sudi mendengar, dan berjanji tapak sedia ada tidak akan diganggu kacau oleh pihak MPS (Majlis Perbandaran Selayang) dan PTG (pejabat tanah dan galian). sehingga dapat tapak baharu.

“Kami syukur, kerana beliau setuju dengan permintaan pengusaha. Mereka akan beri dua tapak baharu sehingga perkara ini selesai,” katanya.

Terdahulu, pengusaha bengkel berkenaan kecewa apabila sebahagian premis di Sungai Tua dirobohkan selepas dimaklumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk berbincang terlebih dahulu.

Bengkel berkenaan diusahakan secara sah, ada lesen perniagaan sah namun bekalan elektrik dan air turut dipotong.

Notis perobohan diserahkan tiga bulan lalu, bagaimanapun pelbagai usaha dilakukan surat rayuan dan lain-lain tidak diendahkan.

Untuk rekod, pengusaha bengkel berkenaan mendapat tempat niaga itu ketika era Barisan Nasional (BN).

Author

Pilihan Editor