HomeBeritaPenyelidik ragu pampasan RM500,000 kesan suntikan vaksin

Penyelidik ragu pampasan RM500,000 kesan suntikan vaksin

KUALA LUMPUR: Penyelidik Kepentingan Awam, Muhammad Zaki Omar mengemukakan pertanyaan wujudkah pampasan RM500,000 kepada penerima kesan vaksinasi atau AEFI sejak ia diumumkan kerajaan pada Mac 2021.

Beliau yang juga Penaung Malaysian Educator Movement (MEM) berkata, menerusi laporan media baru-baru ini terdapat 17 pesakit layak menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM195,000 namun bantuan itu bukan pampasan.

“Bantuan khas dianggap sebagai ehsan, bukan untuk menggantikan kerugian nyawa dan kecederaan tubuh badan akibat risiko pengambilan vaksin.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kata terima banyak laporan AEFI daripada orang ramai, tetapi tiada satu pun laporan tersebut diakui sebagai ‘kes AEFI’.

“Pengamal perubatan yang menerima laporan itu dipercayai enggan memberi perakuan kerana ia adalah kes, bukan sekadar laporan yang perlu disiasat.

“Ada kes kematian yang dikatakan kerana masalah jantung, paru-paru atau kematian mengejut walaupun baharu sahaja menerima suntikan,”katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambahnya laporan bermaksud aduan serta perakuan datang daripada orang ramai. Maka perlu disiasat.

Zaki berkata, kesan AEFI pula bermaksud laporan yang diterima dan disiasat telah diakui disebabkan atau berkaitan dengan kes pengambilan vaksin.

“Telah banyak laporan dibuat, tapi bagaimana laporan itu disiasat?

“Kaedah dan prosedur siasatan yang bagaimana KKM guna?

“Adakah KKM benar-benar ada kemampuan dan layak menyiasat Laporan AEFI?

“Apa yang KKM lakukan sejak empat ke lima bulan lepas adalah menguruskan ‘Bantuan Khas’ kepada individu-individu yang dikategorikan sebagai dipercayai terkena AEFI,” katanya yang aktif memberi penerangan mengenai hak rakyat yang terkesan di Telegram https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel.

Author

Pilihan Editor