HomeBeritaRakyat bimbang keadilan sukar diperolehi jika ada campur tangan - Jahaberdeen

Rakyat bimbang keadilan sukar diperolehi jika ada campur tangan – Jahaberdeen

KUALA LUMPUR: Peguambela dan Peguamcara, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berpendapat rakyat akan gusar bahawa keadilan sukar diperolehi dalam negara jika wujud campur tangan dalam mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apa akan berlaku jika wujud campur tangan Perdana Menteri atau mana-mana pihak dalam urusan mahkamah atau legislatif.

“Pendek kata, bukan sahaja Perdana Menteri, kalau mana-mana badan lain atau orang-orang politik campur tangan dalam urusan mahkamah ia tidak wajar.

“Rakyat akan gusar bahawa keadilan tidak mudah diperolehi dalam negara atau mereka boleh dibuli oleh pihak yang lebih berkuasa,” katanya ketika dihubungi MEDIA VARIASI.

Beliau berkata, seorang Perdana Menteri tidak wajar langsung mencampuri urusan mahkamah atas dua sebab utama iaitu wajib jaga kebebasan kehakiman dan kekalkan pemisahan kuasa-kuasa dalam sistem demokrasi.

Ketika ditanya apa impak serta pandangan dari negara luar sekiranya seorang Perdana Menteri sesebuah negara mencampuri urusan legislatif dan mahkamah?

Jahaberdeen menjawab ia akan beri kesan serius kerana bukan sahaja akan merosot kepercayaan kepada sistem keadilan negara tetapi juga akan memberi kesan negatif.

“Kesan negatif ini boleh dilihat kepada perdagangan antarabangsa di mana negara luar tidak akan berani memasuki perjanjian perniagaan dengan Malaysia,” katanya.

Author

Pilihan Editor