HomeBerita'Rider' e-hailing mogok esok?

‘Rider’ e-hailing mogok esok?

CYBERJAYA: Tular di media social hari ini berikutan dakwaan yang katanya “rider” e-hailing mogok tak mahu hantar makanan pada hari Jumaat ini.

Di media sosial, di bawah hashtag #SembelihRider, mereka mendakwa syarikat penghantaran berkaitan telah menurunkan pendapatan mereka dan mereka kini terpaksa bekerja lebih lama untuk memperoleh jumlah yang sama.

“Esok jangan order Grab dengan Panda ya kawan-kawan. Boleh jadi makanan/barang kau akan delay atau lebih teruk sampai cancel. Rider-rider mogok.”

“Selaku part-time rider grab, tweet ni sahih. Vendor2 pun dah tanya riders sbb diorang pun nak join mogok dengan off tab. Rider ada je besok tpi floating la order korang.”

“Aku as rider FP pun akan order thru Grab je lebih murah. harga delivery FP ni memang mahal tapi bayar rider ciput . eloklah tu semua rider tak kira bag pink/hijau/oren nak mogok cuti sehari 5 Ogos ni. Dengarnya ramai vendor pun tutup tab 5 ogos ni.”

Ini di antara keluhan netizen yang dimuat naik di “Twitter”. Rata-rata bersetuju mogok ini dilakukan agar masalah ini diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Grab telah menafikan dakwaan penurunan tambang, dengan menyebut “kesilapan teknikal”, manakala syarikat penghantaran lain tidak mengulas mengenai isu itu setakat waktu penerbitan

Jika betul mogok akan dilakukan, bersedialah untuk tidak bergantung pada penghantaran untuk makanan atau barangan mereka esok yang mungkin akan tertangguh ataupun dibatalkan.

Author

Pilihan Editor