HomeSukanShahidan dilantik Patron Kuala Lumpur City FC

Shahidan dilantik Patron Kuala Lumpur City FC

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai penaung bagi Kuala Lumpur City (KL City).

Pengesahan ini dimuat naik oleh pihak kelab menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa.

”Ini membuktikan yang sukan terutamanya bola sepak sebagai wadah penyatuan di mana individu yang mempunyai pegangan politik berbeza seperti saya dan Shahidan boleh bersatu demi kemajuan bola sepak Kuala Lumpur,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Samad dalam kenyataan rasmi kelab.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menggantikan Annuar yang kini menjadi Menteri Komunikasi & Multimedia. Sebelum ini, Annuar adalah Menteri Wilayah Persekutuan sebelum Shahidan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard percaya Shahidan dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan kelab ini dan menjadi satu kebanggaan buat warga Kuala Lumpur.

Ia mungkin dianggap suntikan motivasi tambahan buat anak buah Bojan Hodak yang bakal menentang kelab Indonesia, PSM Makassar dalam aksi final zon Asean Piala AFC, malam esok.

Author

Pilihan Editor