HomeBeritaTanya media dulu, baru fikir nak masuk politik atau tidak - Toqqi

Tanya media dulu, baru fikir nak masuk politik atau tidak – Toqqi

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini, Perdana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau akan membubarkan Parlimen selepas merujuk Wanita Barisan Nasional (BN).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM), Datuk Nadzim Johan atau Toqqi pula memaklumkan akan bertanya kepada pengamal media terlebih dahulu sebelum berfikir untuk masuk politik atau tidak.

Beliau mengulas khabar angin yang mendakwa kononnya Toqqi menyertai sebuah parti politik baru-baru ini.

“Toqqi pun terkejut, langsung tidak tahu cerita ini tiba-tiba ada orang hubungi tanya kenapa Toqqi tidak hadir ke satu majlis politik?

“Majlis apa pun Toqqi tak tahu, jemputan tidak ada, tiba-tiba yang timbulnya Toqqi dikatakan hendak masuk politik.

“Mungkin sebelum ini Toqqi dan PPIM hadir ke majlis orang politik jemput tetapi Toqqi hendak tegaskan tidak semestinya kami menyokong.

“Kalau ada cabaran yang betul-betul meruncing, mungkin Toqqi akan duduk bersama pengamal media boleh bertanya apa yang kita patut buat, agenda pengguna,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambahnya, Toqqi adalah ‘nobody’ cuma mahu orang Melayu bersatu sebab itulah bercerita mengenai orang Islam.

“Cuma Toqqi risau apa keadaan politik kita, cabaran kita macam mana untuk kita meneruskan sebagai bangsa 70 peratus tetapi hilang banyak potensi yang termaktub untuk Melayu Islam.

“Berbuatlah sesuatu sebaik mungkin demi menyatupadukan kekuatan kita, yang jika kita tidak kuat, kita akan dipijak.

“Jangan biarkan diri kita dihina disebabkan kelemahan kita bercakaran tak mempunyai agenda jelas, hari ini dilihat seolah tidak ada agenda. Jadi harap perkara ini diambil kira.

“Cuma Toqqi pesan, jika pilih pemimpin pilihlah yang ada semangat membantu kita, bukan orang-orang yang menyusahkan kita atau datang membantu satu musim sahaja,” katanya.

Author

Pilihan Editor