Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
ERIK ten Hag belum lagi hilang harapan dengan Cristiano Ronaldo. Dia masih yakin Ronaldo bakal serasi dengan gaya permainan Manchester United selepas ini.
Ronaldo tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan secara mengejut pada perlawanan yang dimenangi mereka ke atas Liverpool 2-1 di Old Trafford.
Selepas dibantai 0-4 Brentford minggu lalu, Ronaldo bersama Fred, Harry Maguire, dan Luke Shaw sekadar menjadi penonton.
Keputusan dibuat Ten Hag tepat kerana The Red Devils lebih awal mematikan dan membuat Liverpool kelihatan sukar. Mereka unggul 2-0 hasil gol Jadon Sancho di minit ke-15 dan Marcus Rashford di m-53.
“Saya rasa dia akan serasi dengan sistem kami. Dia sudah bermain dengan banyak pengurus selama kariernya, banyak gaya permainan, dan juga sistem. Dia selalu memberikan penampilan terbaik dan kenapa sekarang tidak boleh?
“Umur bukan masalah. Jika anda memang cukup bagus dan masih dapat bermain bagus di usia senja, maka itu bermaksud anda memang cukup bagus,” ujar pengurus Manchester United Erik ten Hag di ESPN.
Kemenangan pertama tanpa Ronaldo ini menjadi ‘angin segar’ untuk United yang sebelumnya dikritik habis-habisan, gara-gara dua kekalahan di peringkat awal.
Ronaldo hanya baru diturunkan pada minit ke-86.