HomeBeritaBekas polis ditahan memiliki 31kg ganja

Bekas polis ditahan memiliki 31kg ganja

 

PETALING JAYA: Seorang bekas anggota polis ditahan bersama seorang lagi lelaki warga tempatan dipercayai sindiket pengedaran dadah dalam satu serbuan di tempat letak kereta Blok F, Flora Damansara petang tadi.

Sumber polis berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pada jam 6 petang bersama dadah jenis Marijuana (ganja)  seberat 31 kilogram dan Metaphetamine dengan berat 50 gram.

“Penahanan itu hasil risikan selama dua bulan oleh pasukan polis cawangan Narkotik Petaling Jaya.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh suspek pertama berjaya menjumpai 31 ketulan mampat dadah disyaki jenis Marijuana di bahagian bonet kereta itu.

“Polis kemudian menyerbu satu unit di tingkat 23 blok tersebut dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang juga bekas anggota polis di Ibu Pejabat Daerah Gombak.

“Pemeriksaan ke atas suspek kedua itu berjaya menemui dadah jenis Metaphetamine dengan berat sebanyak 50 gram.

“Berlaku pergelutan antara polis dan kedua suspek,” katanya.

Kedua-dua mereka dibawa ke IPD Petaling Jaya bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya yang jika disabitkan kesalahan mereka akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Author

Pilihan Editor