HomeBeritaDoktor pakar estetik syor KKM buka kuota sesi LCP

Doktor pakar estetik syor KKM buka kuota sesi LCP

SRI HARTAMAS: Doktor pakar estetik sebuah klinik di Publika, mengesyorkan Kementerian Kesihatan (KKM) memperbanyakkan sesi ujian peperiksaan lesen Surat Tauliah dan Keistimewaan (LCP).

Cadangan itu dikemukakan oleh Dr Wan Hidayu Wan Ahmad selepas mendapati semakin ramai calon doktor pakar terpaksa menunggu giliran untuk menduduki semula ujian LCP,  termasuk calon baharu meskipun sesi berkenaan hanya diadakan dua kali setahun.

Katanya, keadaan itu juga disebabkan tempoh pandemik COVID-19 dan sesi ujian itu terhenti seketika.

“Saya rasa, KKM perlu buka kuota perbanyakkan sesi ujian, sebab dalam setahun hanya dua kali sahaja ujian, pada Februari dan Ogos.

“Prosedur agak susah, perlu melepasi ujian LCP. Satu sesi pula ada 50 calon sahaja, tetapi ramai tak lepas, dan ambil semula, jadi wujud ‘backlog’ (termasuk calon baharu). Lagu satu kerana tempoh COVID-19 sesi itu terhenti seketika,” katanya.

Katanya, KKM sememangnya mewajibkan doktor pakar berpengalaman tiga tahun, yang mahu menjalankan estetik, perlu mendapatkan lesen LCP.

Pemilik Klinik Nur Raisha itu berkata demikian pada majlis pembukaan rangkaian klinik kedua di Publika, Solaris Dutamas.

Rangkaian pertama di Puncak Alam mendapat sambutan orang ramai berikutan kliniknya menawarkan perkhidmatan kesihatan am dan kecantikan.

Klinik itu turut ditauliahkan lesen kecantikan termasuk LCP dengan perkhidmatan oleh doktor pakar termasuk Dr Wan Hidayu.

Antara rawatan paling popular adalah menghilangkan kesan jeragat dengan rangkaian produk yang dikeluarkan khas untuk mengatasi masalah ini.

Klinik berkenaan turut menggunakan mesin berteknologi tinggi yang mendapat kelulusan Pentadbiran makanan dan ubatan Amerika Syarikat (FDA) selain daripada Korea, yang dipercayai boleh mengurangkan sebarang risiko.

Sempena Hari Malaysia, Klinik Nur Raisha menawarkan diskaun 10 peratus untuk satu sesi.

Author

Pilihan Editor