Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
PERMULAAN Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berjalan tidak lancar seperti diharapkan.
Selesa enam minggu beraksi, The Reds bagaikan tercari-cari rentak bagi mendapatkan kemenangan.
Terbaharu, Liverpool terpaksa berpuas hati dengan satu mata semasa bertandang ke kubu Everton di Goodison Park pada Sabtu.
Aksi kedua-dua pasukan berakhir 0-0, dengan perlawanan diwarnai tiga peluang terkena tiang dan satu gol dibatalkan
VAR.
Daripada enam perlawanan, baru dua kemenangan diraih sementara tiga lagi berkesudahan seri dan kalah.
Kelab Anfield itu mengumpulkan sembilan mata dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal.
“Yang terpenting adalah meraih kemenangan-kemenangan dan kami tidak berjaya mendapatkannya sebanyak yang kami inginkan.
“Kami masih ada 32 perlawanan lagi dan semua orang boleh berpendapat, tapi kami miliki pemain-pemain yang kembali daripada kecederaan dan semoga semuanya dapat cergas.
“Kami akan berusaha merebut kemenangan,” kata bek Liverpool Virgil van Dijk dipetik BBC.
Liverpool berdepan badai kecederaan di awal musim ini. Mereka kehilangan Ibrahima Konate, Calvin Ramsay, Joel Matip, Thiago Alcantara, Curtis Jones, Alex-Oxlade Chamberlain, Naby Keita, dan Diogo Jota