HomeBeritaGSAS lancar tabung biaya kes mahkamah

GSAS lancar tabung biaya kes mahkamah

SABAK BERNAM: Gabungan Solidariti Anak Selangor (GSAS) melancarkan Tabung Solidariti Datuk Seri Jamal Md. Yunos dilancarkan bagi membantu Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor itu membiayai kes mahkamah berjumlah lebih RM600,000.

Pengerusi GSAS, Faizal Zakaria berkata, kempen itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin yang lantang memperjuangkan hak rakyat.

“Solidariti itu penting bagi memberi isyarat jelas bahawa setiap perjuangan memerlukan sokongan, kesepakatan dan perpaduan semua pihak.

“GSAS yakin banyak pihak akan tampil membantu kerana perjuangan Jamal membongkar penyelewengan, membela hak rakyat dan memastikan ketelusan dalam tadbir urus kerajaan terutama di Selangor,” katanya pada sidang akhbar pelancaran tabung itu di Sekinchan di sini, hari ini.

Biaya itu termasuk kes tuntutan saman Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkaitan pengurusan dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Selain itu, ia melibatkan tuntutan saman Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin Abdullah kerana menentang dan menyekat propaganda himpunan haram berkenaan sebelum ini.

Author

Pilihan Editor