HomeNiagaHeliza Helmi setia dengan produk tempatan

Heliza Helmi setia dengan produk tempatan

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Jenama produk kecantikan kulit tempatan, Charms Cosmetics Skincare (Charms)  telah melantik selebriti popular, Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah baharu bagi salah satu rangkaian produk terbaharunya iaitu Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser .

Ketua Pegawai Eksekutif Charms, Nur Bashirah Hussin berkata, Heliza, 36, menjadi pilihan syarikatnya kerana wanita itu merupakan pengguna produk Charms yang setia yang mementingkan penjagaan kulit.

“Heliza sudah lama bersama kami dan tugas harian sebagai seorang selebriti yang sibuk namun masih menjaga kulit wajah mampu menjadi inspirasi kepada peminatnya.

“Pastinya setiap wanita mendambakan kulit yang lembut dan gebu hingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit semata-mata ingin mendapatkan wajah yang cantik rupawan.

“Apatah lagi kemunculan pelbagai barangan kosmetik di pasaran menambahkan lagi keinginan itu hingga terlupa untuk memeriksa terlebih dahulu kandungan dan kualiti produk tersebut namun produk Charms amat mementingkan kualiti yang dijamin,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran dan penyampaian anugerah kepada agen berjaya Charms semalam yang turut dihadiri penasihatnya, Datuk Faridah Hanim.

Ketika ini, Charms sudah memasuki tahun ke-10 di pasaran negara ini dan memilik 12,000 ejen.

Mengulas lanjut, Nur Bashirah berkata, Charms tidak memikirkan keuntungan dan jualan semata-mata namun menekankan kualiti produk dan menjadi pilihan pengguna berdasarkan keberkesanan dan keselamatan sebagai ciri utamanya.

Tegas beliau, setiap produk kecantikan kulit yang dikeluarkan perlu melalui ujian klinikal dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk dianalisis struktur anti penuan, komposisi kimia dan juga mendapat validasi halal.

“Amat penting untuk pelanggan mengenali Charms sebagai satu jenama produk yang diuji oleh pakar yang selamat dan bersih untuk setiap jenis kulit” katanya.

Nur Bashirah menambah, Charms juga bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan permintaan untuk produk penjagaan kulit yang halal mendapat permintaan dari negara seberang itu.

Author

Pilihan Editor