HomeNiagaInfluencer Siti Jamumall terima Lamborghini RM1.5 juta

Influencer Siti Jamumall terima Lamborghini RM1.5 juta

KUALA LUMPUR: Kebanyakan orang pada usia 23 tahun sama ada masih berjuang di menara gading untuk memegang segulung Ijazah atau masih tidak tahu hala tuju hidup.

Namun bagi pempengaruh media sosial atau influencer Siti Jamumall yang menyambut hari jadi yang ke-23 semalam, segala impiannya hampir tercapai.

Gadis itu atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin menerima hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan bernilai RM1.5 juta daripada ibunya yang dikenali sebagai Mommy Hana.

Siti Jamumall berada di tangga pertama untuk jualan paling banyak di TikTok dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit” dengan jualan RM1 juta.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.

“Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.

Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.

“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Mommy Hana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.

Terbaharu, Mommy Hana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapan sekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.

Author

Pilihan Editor