HomeSukanJohnson yakin tidak ada kelab lain boleh saingi City di EPL

Johnson yakin tidak ada kelab lain boleh saingi City di EPL

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

BEKAS pemain pertahanan Liverpool , Glen Johnson meyakini tidak akan ada kelab yang dapat menyaingi Manchester City dalam perebutan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, termasuk The Reds dan Tottenham.

Musim ini Manchester City mengalami perubahan dalam skuadnya. Pemain utama seperti Raheem Sterling dan Gabriel Jesus sudah meninggalkan Etihad.

Namun mereka mendapat pengganti yang luar biasa. Pep Guardiola berjaya membawa masuk khidmat Erling Haaland dari Borussia Dortmund.

Sempat timbul keraguan adakah Erling akan segera menyesuaikan diri atau pun tidak. Tetapi, sangkaan itu meleset apabila dia terus garang bersama The Citizens.

Dari tujuh penampilan di EPL, dia meledak 11 gol !

“Saya akan sangat terkejut jika ada yang boleh menentang Man City. Tottenham jauh lebih baik berbanding musim lalu, tetapi saya tidak berfikir mereka memiliki skuad untuk menghadapi Manchester City, tetapi perkara aneh telah terjadi,” kata kepada Sportbible.

Melihat prestasi semasa Manchester City, Johnson percaya banyak yang menilai bahawa kelab itu akan meraih beberapa gelaran di akhir musim nanti termasuklah kejuaraan EPL.

Author

Pilihan Editor