HomeBeritaKenapa kerajaan naikkan gaji kelompok kayangan?

Kenapa kerajaan naikkan gaji kelompok kayangan?

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menaikkan gaji tahunan (KGT) kepada penjawat awam dari gred 48 dan ke atas amat mengejutkan.

Ini kerana gred 48 biasanya jawatan Pengarah dan jika lebih atas gred 48 bermakna jawatan lebih atas daripada Pengarah.

Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, apabila kenaikan gaji untuk kelompok ‘kayangan’ penjawat awam dilakukan ini bermakna mereka juga akan menikmati pencen yang lebih besar.

“Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah, yang buat kerja lebih teruk berbanding kelompok atas.

“Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelompok B40 yang lebih terjejas akibat tekanan ekonomi.

“Beri penumpuan kepada golongan yang lebih terjejas itu juga berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan negara yang terhad,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah Nazmi, ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelompok B40 yang lebih terjejas akibat tekanan ekonomi membabitkan kenaikan kos barangan asas, kenaikan inflasi dan harga minyak.

“Saya tak kata mereka yang gred 48 atau gred 52 hidup senang lenang. Golongan M40 juga terasa sekarang bila harga barang naik.

“Cuma saya setuju dalam keadaan kewangan negara yang agak terhad, apalah salahnya kalau kita naikkan lebih (gaji) untuk golongan gred 48 ke bawah.

“Dan kita tangguhkan dahulu untuk kenaikan gaji kakitangan kerajaan untuk gred 48 ke atas,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos lalu mengumumkan bayaran KGT tambahan khas sebanyak RM100 kepada 1.28 juta penjawat awam gred 11 hingga 56 membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.

 

Author

Pilihan Editor