HomeGaya HidupKorset Plie jaga perut ibu hamil

Korset Plie jaga perut ibu hamil

KUALA LUMPUR: Pemakaian pembentuk tubuh atau dikenali sebagai korset bukan lagi khusus buat wanita untuk mendapatkan saiz pinggang kerengga.

Ini kerana sejak dua tahun lalu di Malaysia, pemakaian korset yang diperkenalkan di bawah jenama Plie telah mengubah persepsi bahawa ibu hamil juga boleh memakai korset.

Teknologi dan material fabrik berkualiti tinggi yang diuji dari Brazil ini adalah selamat dan selesa di pakai walau sedang sarat mengandung.

Ketua Pegawai Eksekutif, Plie Malaysia, Adeline C

Ketua Pegawai Eksekutif, Plie Malaysia, Adeline C berkata, fabrik yang digunakan adalah berasaskan hidrofilik dan penyerap kelembapan menjadikannya ia cukup selesa buat ibu.

“Fungsinya menjaga postur badan secara awal sebelum melahirkan bayi, malah mampu menampung berat bayi yang menyebabkan perut melendut ke bawah.

“Ini kerana perkara yang paling menakutkan wanita adalah kesan regangan kulit (strech mark) dan lebihan lemak di perut selepas melahirkan anak.

“Biasanya ibu hamil sukar mendapat tidur yang lena namun dengan pemakaian korset ini, ibu dan bayi dalam kandungan mendapat rehat yang secukupnya.

“Dan kerana teknologi fabrik ini memberi keselesaan, ada ibu sanggup memakainya sepanjang hari,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-2 Plie bertapak di Malaysia.

Majlis itu dikendalikan oleh selebriti terkenal, Daphne Iking dan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh media sosial seperti Tasha Shila, Izara Aishah, Sarah Anne Noble, Nadia Nasimuddin dan lain-lain.

Turut diadakan peragaan model bagi rangkaian pakaian dalam Plie termasuklah korset ibu hamil, pakaian untuk senaman, pakaian dalam selepas melahirkan dan selepas pembedahan.

Dalam pada itu, Adeline memberitahu rangkaian pakaian dalam Plie yang sesuai selepas pembedahan boleh diperolehi di kedai dalam Hospital Pantai.

“Walaupun ia memiliki banyak testimoni yang baik dari ibu hamil namun pakar perubatan tidak boleh menyatakannya secara umum.

“Apa yang boleh dilakukan adalah memberi penerangan mengenai kebaikan dan kesihatan jasad hasil pemakaian korset Plie.

“Kita hanya ada satu jasad untuk dihargai, dijaga, jadi sebelum kita jaga orang lain, kita perlu menjaga diri dengan membuat pelaburan yang tepat,” katanya.

Author

Pilihan Editor