HomeBeritaKos nasihat guaman percuma untuk kes dera ala militan

Kos nasihat guaman percuma untuk kes dera ala militan

KUALA LUMPUR: Firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak (HWAM) menawarkan kos nasihat guaman percuma kepada semua mangsa dera ala militan di sebuah madrasah Shah Alam.

Berita berkaitan: Pelajar madrasah dakwa didera ala ‘militan’

Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, kos ini bagi menasihati apa yang perlu dibuat dan bagaimana cara selamat memberi keterangan kepada polis.

“Untuk tujuan mencari lagi bukti-bukti berkenaan sebagai saksi kes ini saya tawarkan kos guaman percuma.”

“Untuk saya nasihati apa yang perlu dibuat kepada mangsa-mangsa yang tampil ke hadapan.

“Boleh hubungi kami di talian 012-2245588 atau 03-40411121,” katanya.

Berita berkaitan: Pelajar madrasah dakwa didera ala ‘militan’

Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin mengemukakan tuntutan ganti rugi masing-masing RM10 juta kepada dua individu yang didakwa memfitnah Madrasah Darussolihin mendera seorang pelatih ala militan.

Baru-baru ini wakil madrasah dikenali Ridzuan tampil mengesahkan madrasah berkenaan menjalankan pusat pemulihan dadah secara tidak sah sejak 2002 dan ia hanya sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon turut menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

Berita berkaitan: Pelajar madrasah dakwa didera ala ‘militan’

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar yang mendakwa didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Susulan itu, lelaki dikenali Hafiz tampil mendedahkan di akaun Twitter hafizfiz18, kronologi kejadian menimpa adiknya yang didakwa didera selepas keluarga menghantarnya atas tujuan untuk berubat.

Menerusi perkongsian Hafiz, adik lelakinya mengalami gangguan dan keluarga telah menghantarnya ke Madrasah Darussolihin untuk dirawat.

Berita berkaitan: Pelajar madrasah dakwa didera ala ‘militan’

Jelas Hafiz lagi, ketika keluarga membuat keputusan untuk keluarkan adiknya dari situ, pihak madrasah tidak mengizinkan dan meminta pampasan sebanyak RM11,970 kerana dikatakan melanggar perjanjian.

Apabila keluarga mahu membawa adiknya ke balai polis, pihak madrasah menghalang dan berkeras sehingga berlaku pergelutan di tempat kejadian.

Mereka semua kemudiannya ke IPD Shah Alam dan selepas laporan dibuat serta keterangan diambil, polis membenarkan adiknya pulang bersama keluarga.

Berita berkaitan: Pelajar madrasah dakwa didera ala ‘militan’

Author

Pilihan Editor