HomeSukanMarquez ingin ambil bahagian dalam sesi ujian MotoGP di Misano

Marquez ingin ambil bahagian dalam sesi ujian MotoGP di Misano

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

PASUKAN Repsol Honda mendedahkan Marc Marquez akan menuju ke Misano dengan harapan dapat menunggang jentera RC213V ketika sesi ujian rasmi MotoGP.

Marquez telah mendapat lampu hijau dari pasukan perubatan untuk menggunakan Honda CBR600RR di Aragon pada 31 Ogos dan 2 September lepas.

Pelumba asal Sepanyol itu berjaya mendapat keputusan positif terhadap keederaan tulang humerus kanannya.

“Dengan info yang diperolehi dan berpuas hati dengan kemajuan humerus kanannya, Marquez akan menuju ke GP San Marino bagi menguji tahap fizikal menguji Honda RC213V,” kata pasukannya dalam kenyataan rasmi.

Juara dunia lapan kali itu mengalami patah lengan kanannya semasa GP Sepanyol 2020 dan telah menjalani tiga kali pembedahan. Dia memutuskan berehat lagi untuk pemulihan selepas perlumbaan GP Itali di Mugello pada Mei lalu.

Author

Pilihan Editor