HomeMV+BongkarModul pemulihan tanpa dera, kurung atau gari - PERGAK

Modul pemulihan tanpa dera, kurung atau gari – PERGAK

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) menegaskan tidak perlu ada kaedah mengurung atau mendera dalam proses menjalankan rawatan pemulihan kepada penghuninya.

Berita berkaitan: Kos nasihat guaman percuma untuk kes dera ala militan

PERGAK melalui I-Kembali diwujudkan pada 2019 mendapat kerjasama dan modul pemulihan dari Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Kira-kira 3,000 terdiri bekas banduan, masalah dadah, kesihatan mental, Orang Kurang Upaya, gelandangan dan juga golongan B40 dibantu untuk mereka memulakan kehidupan baharu lebih baik.

Pengasas PERGAK, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, modul pemulihan yang tepat tidak berbentuk kekasaran, penderaan mental atau emosi.

Berita berkaitan: Kos nasihat guaman percuma untuk kes dera ala militan

“Ia berbentuk pemulihan jiwa, pemadaman minda tentang kesalahan lalu atau dengan kata lain sentuhan jiwa bukan fizikal.

“Pemulihan tanpa perlu mengurung seperti penjara, digari, penderaan atau premis berpagar sebaliknya menggunakan pendekatan psikologi.”

“Kenapa tiada kurungan atau kekerasan? Kerana kata-kata cukup untuk menyedarkan, kecuali mereka ada pergelutan antara sesama sendiri.

“Tempoh pemulihan adalah 30 hari hingga 60 hari tetapi kebanyakan penghuni PERGAK memilih untuk terus bersama menjalani modul pemulihan di premis ini.

Berita berkaitan: Kos nasihat guaman percuma untuk kes dera ala militan

“Sepanjang tempoh kemasukan dan pemulihan dijalankan penghuni bebas jumpa ahli keluarga bila-bila masa.

“Golongan yang sudah pulih akan dibawa ke program advokasi atau keusahawanan.

“Modul rawatan kami juga mengimbangi dunia akhirat, sangat mudah kami tidak ada kurungan, tidak ada pagar, detoks kami psikologi sehingga ada yang menangis” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambahnya mereka hanya perlu memahami prosedur operasi standard (SOP), malah program berkenaan tidak mengenakan sebarang bayaran buat masa ini.

Berita berkaitan: Kos nasihat guaman percuma untuk kes dera ala militan

“Saya bawa modul pembersihan jiwa, pemantauan (resettlement), seterusnya bawa ke advokasi industri, selepas mereka ada pendapatan sendiri baharulah dikenakan bayaran makanan RM10 sehari tetapi penempatan percuma.

“Kita ‘polish’ mereka sampai 12 bulan sehingga bebas dadah, walaupun masih ada tergelincir, kita tarik balik dan nasihat semula.

“Waima mereka nak berubah, bukan paksaan, kerana diri mereka sendiri bukan kerana saya. Saya hanya membantu mereka membawa kebaikan,” katanya.

Beliau turut mengakui ada menerima aduan penderaan di pusat pemulihan tertentu dan meminta tindakan tegas pihak berkuasa kerana ia babitkan keselamatan rakyat.

Berita berkaitan: Kos nasihat guaman percuma untuk kes dera ala militan

Author

Pilihan Editor