HomeBeritaPTSD bukti Puteri Balqis, ibu trauma

PTSD bukti Puteri Balqis, ibu trauma

KUALA LUMPUR: Laporan pemeriksaan sebuah hospital mengesahkan Puteri Balqis dan ibunya, menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma (PTSD) dipercayai bagi membuktikan dakwaan pelakon remaja itu benar dan penderaan mental berlaku.

Puteri Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz, dipercayai telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Mereka berdua bermalam di wad hospital berkenaan dan disahkan menghadapi PTSD.

Ia dilakukan atas nasihat peguam Puteri Balqis selepas laporan polis dibuat menafikan dakwaan bapanya.

“Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri.

“Tujuannya adalah bagi mendapatkan kepastian dakwaan remaja itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.

“Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis,” kata sumber memetik laporan sebuah portal.

Sebelum ini, bapa kepada pelakon remaja ditahan reman sehingga Isnin ini, susulan laporan polis dibuat, selepas dinafikan dakwaannya menjadi mangsa gangguan seksual lelaki terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Terdahulu, remaja terbabit, Puteri Balqis yang juga pelakon Air Force, membuat pendedahan mengejutkan menerusi satu temu bual di laman YouTube, mengenai sikap sebenar bapanya sehingga mendapat perhatian umum.

Bapa pelakon itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah menafikan dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, remaja terbabit membuat laporan polis selepas dinafikan dakwaan berkenaan.

Author

Pilihan Editor