HomeBeritaRafizi pembohong, tegas Abdul Latiff

Rafizi pembohong, tegas Abdul Latiff

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menegaskan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli seorang pembohong yang memfitnahnya.

Abdul Latiff memberitahu Rafizi memfitnah dan mentohmah diri dan keluarganya hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

“Susulan laporan polis yang dibuat terhadap saudara Rafizi oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas saya pada 30 Ogos 2022, saya telah didatangi oleh pegawai polis pagi tadi untuk diambil keterangan.

“Saya tegaskan bahawa saudara Rafizi adalah seorang pembohong dan ini adalah satu perbuatan keji yang dikutuk oleh al-Quran.

“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Tambahnya, beliau ingin menegaskan bahawa sebagai anggota Kabinet akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Polis dilaporkan akan memanggil Rafizi untuk dirakam keterangan susulan laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan dakwaannya mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) membabitkan Abdul Latiff.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis menerima laporan polis dibuat pegawai khas menteri berkenaan pada jam 9.28 malam semalam.

Author

Pilihan Editor